KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hampir putus dua jari tangan kanan selepas terkena mercun bola yang tidak sempat dibaling dalam kejadian di Kampung Batu 23, Labok di Machang, Jumaat lepas.
Ibu mangsa dikenali sebagai Siti, 24, berkata kejadian itu hanya disedarinya pada keesokan hari sekitar 11.30 selepas remaja berkenaan mengadu sakit kepala.
“Dia mengadu kepada sepupu bahawa dia sakit kepala sebelum saya sedar kecederaan di tangannya. Kami terus bergegas ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan.
“Bahagian jari telunjuk serta jari tengah tangan kanannya mengalami kecederaan teruk hingga menyebabkan tulang patah dan hancur. Kami dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat setakat ini.