PRK Ayer Kuning: BN selesai muktamad calon

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata calon itu akan diumumkan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat.

“BN juga kini sedang mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ihya Ramadan di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata enam nama termasuk calon muda disenarai pendek untuk mewakili parti itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.

More From Author

“Ismail Sabri Exits MACC Office, Investigation Resumes Tomorrow”

Mount Fuji hikers to be charged $27 on all trails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *