Peniaga ditahan disyaki miliki bahan seksual kanak-kanak, dewasa

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang peniaga makanan kerana disyaki memiliki bahan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam satu operasi bersama pihak berkuasa luar negara di Kuching, Sarawak semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Siti Kamsiah Hassan berkata hasil penahanan lelaki berusia 36 tahun itu, polis menemukan pelbagai bahan berunsur penderaan seksual kanak-kanak dan dewasa dalam telefon milik suspek.

“Ketika disoal siasat, lelaki itu memberikan alasan menyimpan bahan berkenaan untuk keseronokan sendiri.

“Siasatan juga mendapati bahan seksual yang ditemukan dalam telefon bimbit terbabit tidak melibatkan kanak-kanak warga tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

More From Author

PM directs PTPTN to improve loan repayment system post-Aidilfitri

‘Pocket Rocketwoman’ says knee injury not serious

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *