Penjenayah ditembak mati di Besut dipercayai terlibat pengedaran dadah

KUALA TERENGGANU: Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata lelaki berusia 31 tahun dari Pasir Puteh, Kelantan itu turut mempunyai tujuh rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah, ugutan jenayah, pecah rumah, curi dan samun menggunakan senjata api.

Mohd Khairi berkata dalam kejadian kira-kira 2.20 pagi di Pangkalan Udara Gong Kedak (TUDM Gong Kedak) di Besut itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang sedang melakukan rondaan Op Laras terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa usaha menahan kenderaan itu untuk diperiksa, tiba-tiba suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Pihak polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri sehingga tiada lagi tembakan balas diberi, pasukan polis membuat pemeriksaan ke kenderaan dan mendapati suspek telah meninggal dunia,” katanya.

Mohd Khairi berkata polis turut menemukan sepucuk pistol berwarna perang bersama magazine dan beberapa butir peluru hidup di atas lantai tempat duduk pemandu, selain satu bungkusan hitam dipercayai pil kuda dan satu plastik lutsinar dipercayai berisi dadah jenis syabu yang kedua-duanya dianggarkan bernilai RM29,000.

Beliau berkata pihaknya juga percaya kes yang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh itu tidak mempunyai kaitan dengan kejadian tiga penjenayah warga asing ditembak mati dalam kejadian di Desa Vista di Sepang, Selangor pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati orang awam untuk tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak benar berhubung kejadian itu kerana ia boleh mengganggu siasatan.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Effie Ezral Mohd Izham di talian 014-8052 884 atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran.

More From Author

MOE ready for 70% SBP students in STEM stream

Gobind Singh secures highest votes in DAP CEC polls

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *