SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa tiada negara di dunia yang boleh maju dan stabil sekiranya berlaku pertembungan antara kaum dan agama yang berterusan.
“Mana ada negara di dunia ini yang boleh maju dan stabil (jika wujud) percaturan dan pertembungan antara kaum dan agama berterusan. Tidak ada.. tapi kita ada pilihan,” katanya ketika berucap di Kongres Kebangsaan DAP ke-18 Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.
Perdana Menteri berkata pendekatan kerajaan MADANI bersama DAP adalah untuk mengangkat martabat negara, mengukuhkan institusi, tadbir urus dan demokratik akauntabiliti .
“Saya ucap terima kasih kerana rakan-rakan dalam DAP membuat pilihan seperti kami juga dalam PKR dan Amanah, dan sekarang UPKO.. sekarang rakan-rakan kita UMNO, GPS dan GRS sekurang-kurangnya memberikan dukungan berdasarkan prinsip bahawa negara mesti tegas atas landasan yang betul,” katanya.
Beliau berkata kerajaan memerlukan dukungan serta penyertaan masyarakat pelbagai kaum.
— Lagi