Hab pengumpulan kurier di Meru disamun, RM46,000 dilarikan

SHAH ALAM: Sebuah hab pengumpulan dan pengoperasian syarikat kurier di Meru, Klang mengalami kerugian RM46,000 selepas disamun tiga individu bertopeng serta bersenjatakan parang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S.Vijaya Rao berkata kejadian berlaku pada 12.26 tengah hari semasa petugas sedang mengira wang tunai, apabila sebuah kereta Perodua Bezza berwarna biru dinaiki tiga suspek bersenjatakan parang serta bertopeng tiba di hab berkenaan.

“Suspek kemudiannya melarikan wang tunai RM46,000, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan samun berkawan menggunakan senjata, dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pengawai penyiasat Insp Fazlan Rezza dengan menelefon 011-10561017.

More From Author

Gold tops $3,000 for first time on Trump tariff war, stocks rebound

Polis rakam keterangan enam individu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *